Monday, September 12, 2011

Raye Oh Raye....


Masih belum terlambat utk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri....terutamanye kepada suami tercinta, ibubapa tersayang, mertua yang dikasihi, adik beradik, ipar duai, saudara mara, kawan2 dan anak2 pelajar.....andaikata ada tersalah silap, mohon ampun dipinta mencuci dosa......
Dalam keseronokan berhari raya, kita jgn terlupa bahawa terdapat banyak perbuatan biase kita dihari raya yang mulia boleh mendatangkan dosa.....JIKA
Sentuhan
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
Aurat & Ipar
Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
Wangian Wanita
Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
Pakaian Wanita
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
Kubur
Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
Meninggalkan solat
Kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
Dosa Bertempoh
Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan ‘chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.
Dipetik dari artikel Ustaz Zaharuddin.
Wallahualam.....

Thursday, August 11, 2011

Doa yang paling utama di malam Qadar




Seperti yang  sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.

Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.

Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.

Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.

Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).

Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.

Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.

Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.

Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.

Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

Doa Paling Afdal di Bulan Ramadhan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.

“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.

Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.

Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.

Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.

Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.

Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.

Monday, June 13, 2011

B.E.N.C.I

.......aku rase sgt marah dan sakit ati......

Sunday, June 12, 2011

back to school again..

cuti hampir 2 minggu lebih...tp mcm x holiday je.,.sbb x g CUTI-CUTI MSIA..huhuhu..cuti sbuk dgn kenduri kawen..wpun pnat tp best jgk tgk org kawen..rase bahagia jerr..
di awal cuti..dimulakan wedding my BFF..masdiana muda

congrates buat MAS & Fadzil..
 THen, akhir cuti..kenduri adik ipar..
selamat pengantin baru buat IJA & ANA...
 tgh cuti, rombongan ,mengantar ke kota bharu
rombongan pihak lelaki ke jln pintu GENG...

Saturday, May 21, 2011

happy MOTHER's day


dedicate this song to: PN. KHADZIJAH BT MOHAMAD (luv u alwizz)


ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku..
bila ku berduka, engkau hiburkan selalu..
ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku...


p/s: Ya ALLAh.. Kau berikan aku kesempatan untuk merasa nikmat  menjadi IBU kepada anak-anak suami yang kucintai... aminn

happy TEACHER's day

lambt update..huhu..bz sket kat skool..sbb ade nazir nak dtg chectk for skk..whatever.. 16 mei yg lalu, i feel very happy & lucky..we are celebrated by the students for the importants day of school..thanks for the sukaneka, hadiah2, wishes, jamuan and HAPPINESS.....

i'm also wanna to dedicate happy teacher's day to all my teachers from tadika, sek. keb sebertak, sek agama sebertak, SEMESTA, matrix melaka, UKM and others who always giving me knowledge and make me inteligence and more inteligence...luv u all..JASAMU KAN KU BAWA MATI..
*** to all kwn2 cg2 kat imtiaz kuala berang...selamat hari guru..semoga kita terus menjadi insan yang mulia utk menabur budi dlm mendidik anak2 ululalbab...aminn

Sunday, May 1, 2011

D.E.M.O.T.I.V.A.T.E.D

Virus M mula menular....sbb byk benda nak kene settle..x tahu nak wat mane satu:
  1. tanda buku students??
  2. wat module bio yg nak kne submit 10hb ni??
  3. volume kerja students??
  4. housechores??
  5. blablabla....
Result:..........x nak wat belaka sbb ari ni hari pekerja...x bleh wat kerja..so kite layan tv jelah..

Saturday, April 30, 2011

karipap sardin..

tiba2 en suami request nak mkn karipap sardin tuk breakfast pg ni..waaa...nak beli ke??tp mls nak kuar..so we decide to make it..nasib baik cuti....1st time wat karipap sendiri sblm penah tgk my mum wat tp wat mggunakan peralatan mesin tepung + acu karipap..tp both2 things xde in my house..we make it traditionally..
tepung di canai dan di gelek2...hahaha mcm main pondok2 je

inti sardin...
hasilnyer...KARIPAP SARDIN..sedap hingga menjilat jari..(tp tepung tebal sikit)

release tension..

jd cikgu pun tension ker??? x percaya jd lah cg..lebih2 lg mengajar di SM imtiaz...perghhh...jadual mcm ofis hour (7.40am-4.30pm)....tugas mengajar oklah..tp tugas pengkeranian tu lebih byk..patutlah persatuan guru2 bangkitkan isu ni..siap request pembantu lg..sampaikan ade cg tu pentingkan tugas pengkeranian drpd tugas hakiki..P&P..yg jd bertambah tension bile sekolah nak memohon jd SBT (sekolah berprestij tinggi)..sub-nkra pendidikan...LAYAK KERR?? ntahlah just wait & see..
ustzh madiana & tc fazilah..release with ABC & hotplate..kopok gete x tinggal

me & cg azian...masih berkabung(tudung putih) dimggu terakhir...gembira bru selesai itvw

sibuk sentiasa...

aktiviti sek every year..kem Motivasi PMR&SPM..sokmo2 wat kat sekayu tp cume lainnyer thn ni wat kat AGRORESORT, setiu..nice place cume jauh sketlah...motivator mmg best..import dr geng2 kaunselor JPNT..aktiviti kat resort pun best..kayak..flying fox and etc...3h2M aku kne tdo cni..jaga budak2..ape2 pun we hope all the aim of this project will achieve...students have motivated to get straight A result PMR& SPM for this year...Aminn..
bru sampai kat agroresort..siap bwk bekal lg..puding triffle & spagetti..tggu students sampai dgn bas

resort ni jg sesuai utk berbulan madu..nice view & menenangkan..

kami yg bertugas..fateha..me..su ..azian

BFF

cenderahati pd perasmi..buah jelah..tu je ade kat hutan ni

jadual aktiviti pelajar..sementara tggu student sampai..malas nak photostat utk 200 org..

puding trifle!!!!!!!!

dah lama nak wat puding ni..resepi belajar dr kak miha (cg kat sek) sbb stiap kali ade jamuan kat sek, dia mesti bw puding ni..at last...jumaat 2 mggu lpas..terrealisasilah impian nak belajar wat puding..see ya..
kek gulong..beli kat giant

pastu potong kek...

mampat2kan dlm bekas..guna tupperware je sbb nak bwk g kem..

nak wat lapisan ke2..masak susu cair..

tambah kastad..kaco2 sampai separa likat..

saje je tmbah ni..

tabur atas kek

tuang atas kek + coktail td

guna buah peach je..buah lain pun xpe

guna air buah td untk bancur agar

agar plg murah..

nak wat 3rd layer..susun buah peach..then curah agar yg dah larut td

dah jd..pastu ltak dlm peti ais..

2nd tupperware..nak bg jiran..


Tuesday, April 5, 2011

Qalesya dtg TRG...

abis jer slot cobweb tu trus bergegas g pasar..nak beli barang2 utk masak..my family nak dtg umah...special skali Bb Qalesya..anak long..1st time datang..mak dan andak pun ikut skali..diorg sampai dlm kul 2..aku masak tibai2 jer utk diorg..ikan singgang, budu, kankung celur, sotong msk merah, fried chicken jer..
x lame lepas diorang smpai..my hubby pulak sampai..dr pasir mas..hebat sgt bwk motor..first try..sgt memenatkan..tp best jugak dia kata sbb  moto baru..lain kali nak naik kete atau bas jer..
ptg tu..we all g jln2 pasar payang..teman kak shila cr sutera...Tq long belanje kitorng kain pasang..bwh pasar payang tu ade org jual durian...family favorite..tp mahal skit..3 biji RM20..kitorg g makan durian tu kat pantai bt buruk...pas g solat2 dan jln2 kat masjid kristal...lastly g kelulut..makan seafood..long belanjer jgk..walaupun pnat tp sgt happy...lain kali dtg lg yer:))












khemah form 1 pulak..

bru blk dr kem bomba kat sekayu jmaat tu..dapat tugas lg, pg sabtu..kne handle satu slot sempena perkhemahan ululalbab form1..nasib baik wat kat kwsn sek jer..x jauh sbb rumah i blkg sek jer...slot yg kne handle: membina cob web...dlm masa 2 jam..dr kul 8-10 am...guna tali rafia dan buloh...ape yg penting..nak latih student bekerja sama..student yg ramai kne wat hanye 1 web jer...tp terkial2...sedangkan spider tu seekor jer boleh wat web...thn ni form 1 manjer sikit..kurang proaktif..so lihatlah web yg dbina oleh students...slot seterusnyer kne melalui cobweb ni tanpa kne tali dan no talking..berjayakah mereka???
student laki bina..

girl's cobweb..

Friday, April 1, 2011

rindu itu dtg lagi....

imissyouimissyouimissyouimissyou....
muka yg sgt sembab sbb tdo seharian sbb x sihat..hubby bwk jln2 sekitar kg..

en suami yg terchenta,,

puan isteri..dicintai x???

camp bOmba 2011

baru blk dr camping...kne jd guru pengiring kadet bomba...huhuhu..4h3m @ sekayu..cuaca pd mulanye mmg x mengizikan..hujan lebat x berhenti..bomba decide to move site camp..coz kuatir kepala air yg sgt bahaya..pindah tapak B..tmpt ni x asing bg aku..B.I.G dan khemah koko sek pun penah wat kat cni..cume yg x berkenannyer keadaan ujan...pacat membiak2..sgt menggerikan..aku x takut pacat cuma x suka kalo kne gigit..berparutlah kaki..bile dah tua ni mitosis lambat, so healing proses tu mmg lmbt...x bleh nak elak juga..ari pertama dah kne satu lovebite kat kaki ku..huhuhuhu...keje aku slain jd guru pengiring adalah sebagai guru kesegaran @refreshment@mknminum....kne masak utk 40 org...mcm2 mskkan tercipta..wlaumcmmane pun semuanyer best...aktiviti kadet mcm thn lepas jer..pertandingan pelbagai kawat...tp thn ni jungle trekking student sgt mencabar..rendah hutan sekayu..yg bahaya..yg curam..tgh hujan...big risk for bomba...alhamdullilah semua selamat tp Allah nak uji..disbbkan ade student yg mulut celupar dlm utan tu..ad benda ikut blk...HISTERIA happened!!! 10 student kne..tp yg best..my student..IMTIAZ jd tok bomoh..ilmu dan ayat quran yg dihafal menjadi bekalan..sedih tgk pelajar2 sek.lain yg x reti bc quran..zikir pun x reti..yasin x reti..generasi sekarang..d TRG..sedih keadaan ini..keadaan yg sgt truk myebab org kg sekayu yg berdekatan dtg tgk...makin lama makin ramai kne..lastly decide utk pindahkan pelajr yg histeria ke masjid berdekatan...dr kul 7~12 mlm bru selesai..yg pastinya pesakit2 histeria tdo kat masjid mlm tu..***PEGAJARAN: jaga mulut dan tingkahlaku di mana2..
esoknye majlis penutup..IMTIAZ jd johan keseluruhan..tahniah IMTIAZ!!

me & kak ani

my skool' heros

the girls & champions

keperluan kami..

bhgn kesegaran...